Beza Public Gold dengan syarikat ABC?
Mengapa saya mesti pilih Public Gold dan bukan ABC?
Pertama sekali saya mohon maaf, saya tak tahu tentang
company ABC sebab saya adalah pengedar rasmi Public Gold. Kurang elok saya
memberikan komen tentang ABC sebab saya bukan pengedar rasmi syarikat
berkenaan.
Tapi saya boleh berikan anda BANYAK Sebab mengapa saya,
Mahaguru Emas Syukor Hashim, Azizi Ali, Tn Shamsudin Kadir, Jabatan Perdana
Menteri dan Pos Malaysia pilih Public Gold.
Public Gold merupakan satu-satunya syarikat jual beli emas
di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah (Syariah Compliance) oleh panel
syariah Amanie Advisors. Panel Syariah yang sama telah dilantik oleh World Gold
Council (WGC).
Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia
yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas
fizikal diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).
Satu-satunya syarikat emas di Malaysia menerima
pengiktirafan Malaysian Book of Record, satu-satunya syarikat yang mempunyai 18
cawangan seluruh Malaysia, juga dijual di lebih 100 cawangan Ar Rahnu POS –
unlimited purchase & unlimited buy back.
Public Gold juga merupakan satu-satunya syarikat emas di
Asia Tenggara memiliki Muzium Emas di Pulau Pinang yang bernilai jutaan
ringgit.
Public Gold mengutamakan aspek pendidikan kesedaran
pentingnya menyimpan emas, komited mengadakan seminar emas percuma hampir
setiap minggu tanpa henti sejak tahun 2010.
Emas Public Gold diterima meluas di institusi kewangan
menawarkan cagaran emas Ar-Rahnu, Public Gold juga sering dirujuk oleh media
massa berkenaan dengan perkembangan simpanan emas melalui media massa di TV1,
TV3, Astro Awani malah Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia turut mencadangkan
kepada semua orang agar memilih jenama Public Gold.
Sekarang mungkin anda boleh tanya kepada agent ABC kelebihan
syarikat mereka dan awak compare dengan statement saya.
Oh ya, emas Public Gold dikeluarkan oleh syarikat terbesar
emas Turki iaitu Nadir Metal refinery (Turki pengeluar emas ke-4 terbesar di dunia)
milik seorang Billionaire Muslim bernama Nadir Tutuncu.
Boleh saya tahu siapa pengilang emas syarikat ABC?
No comments:
Post a Comment