Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?
Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan
kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa
kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah.
Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas
iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.
a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai.
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas.
1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah
Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery)
dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.
Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah
(workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang
dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal.
Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala
kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah. Katanya bagi discount.
Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni
kan?
Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan
GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion
Market Association sahaja tidak dikenakan GST).
Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.
Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan
tiada kos upah dan tidak dikenakan GST.
Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas
dengan kos premium (mengikut produk).
Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang
kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA
ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.
2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut
harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).
Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang
dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of
Malaysia).
Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh
bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public
Gold.
Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je
sibuk umum di facebook.
Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak
tahu pun harga emas naik ke turun.
Nota: Harga per gram di kedai emas RM200/gram manakala
Public Gold kini RM178/gram.
3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai
Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada
jongkong dan dinar emas.
Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh
rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold.
Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif
(spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.
Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan
potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas.
Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka
akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa.
Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya,
potongan yang lebih dikenakan.
4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.
Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar
secara online 24 jam .
Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada
bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti
saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web
www.publicgold.com.my.
Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di
download menerusi Android dan juga Apple Store.
Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan
perbezaan kedai emas dengan Public Gold.
Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir
lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.
Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold
sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.
Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas,
sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.
Nak beli emas sebagai tabung kecemasan 3 bulan gaji atau
dana pendidikan anak, klik:
Wasap.my/60138290985
Wasap.my/60138290985
Wasap.
No comments:
Post a Comment