Duit Belanja Sekolah VS Inflasi
‘Amir… Ohhh Amir. Dah kira ke duit raya Haji hari tu? Nah campur sekali dengan RM150 duit raya Haji yang Nek Umi dan Atok kasi hari tu’
Kata Puan N kepada anaknya, Amir.
Amir menjawab,
‘Ok kalau campur duit untuk kedua-dua raya ni ‘total’ jadi RM750 lah mama.’
‘Alhamdullillah banyaknya! Dah kira betul-betul ke tu?’
Tanya Puan N Lagi.
Amir menjawab ringkas,
‘Dah mama.’
Puan N bertanya lagi,
'Berapa pula Adik Ali punya?’
Amir menjawab ringkas,
' RM665 ja mama.'
'Eh kenapa kurang daripada abang punya? Kita pergi beraya rumah saudara-mara yang sama. Sepatutnya sama lah jumlah tu.'
Tanya Puan N yang mula kebingungan.
'Entah la mama, Adik Ali cakap RM665 ja. Tapi mama, Ali mana pandai kira tu. Dia kan budak kecik lagi. sekejap Amir kirakan!'
Amir menawarkan diri. Biasanya hal-hal kira-mengira ni memang makanan beliau. Sebab itu beliau selalu menjadi bendahari kelab di sekolah.
Selang beberapa ketika............
'Ok mama, Adik Ali punya RM745. Memang kurang sebab tadi dia ambil RM5 beli aiskrim Magnum yang disaluti coklat dan almond ’
Amir memberitahu Puan N sambil menyindir adiknya.
Terbahak-bahak Puan N gelak melihat telatah dua beradik itu. Lalu Puan N memberitahu anaknya bahawa separuh duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji dan separuh lagi akan ditukarkan kepada emas di akaun Public Gold iaitu Gold Accumulation Prgramme (GAP).
Amir yang inginkan kepastian mula bersoal jawab,
'Mama memang masukkan duit kitorang dalam akaun GAP tu setiap bulan ke?'
Lalu Puan N menjawab sambil tersenyum dan mencubit pipi anaknya itu,
'Eh mestilah. Kan mama dah cakap hari tu, setiap bulan tak akan pernah terlepas untuk masukkan duit dalam akaun GAP. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Belajar kan peribahasa ni kat sekolah?'
Amir menggaru kepala sambil menjawab walaupun pipinya rasa sengal dicubit,
'Errrrr peribahasa memang dah belajar tapi Amir tak pasti maksud peribahasa ni.'
Puan N tersenyum,
'Maksudnya, lama-lama menyimpan akan banyak juga nanti biarpun simpanan itu pada mulanya sedikit asalkan konsisten'
Puan N menyambung cerita lagi,
'Tahu tak, bagus sebenarnya simpan emas ini. Dulu zaman Nabi saw sekitar 1400 tahun lama dahulu, 1Dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini, Amir nak tahu tak, 1Dinar masih boleh beli seekor kambing’
Amir mula menggaru kepala,
‘Tak faham la mama’
Puan N bersungguh memberi penjelasan,
‘Nilai 1 Dinar emas zaman Nabi saw masih kekal relevan dengan Nilai 1 Dinar hari Ini. 1400 Tahun dulu boleh beli seekor kambing dengan 1Dinar, hari Ini masih boleh beli seekor kambing dengan 1 Dinar’
Amir mula nampak cahaya kefahaman,
‘Serius la mama. Maksudnya simpan emas ini bagus la ye mama?’
Puan N menjawab ringkas,
‘YA. Bukan bagus tapi sangat bagus. Kalis Inflasi. Dulu mama bawa 20sen ja pergi sekolah. Boleh beli mee goreng dan Teh O Ais. Tapi zaman sekarang mana boleh beli dengan 20sen. Nanti bila besar nanti korang faham la tentang Inflasi ni.’
‘Faham mama. Mama banyak kali ulang kisah duit sekolah mama tu. Amir dah hafal.’
Amir menjawab sambil mata menjeling ke arah adiknya yang kusyuk makan aiskrim Magnum yang disaluti coklat dan almond tu!
#PG1M

No comments:
Post a Comment