Nasi lemak Makcik Kantin!
Bila makan nasi lemak ni, teringat kisah dulu-dulu waktu bersekolah rendah tahun 80-an.
Rindu pulak memori lama, terutama bab makan kat kantin sekolah.
.
Dulu, emak hanya bekalkan duit belanja 30 sen sehari.
Kalau bernasib baik dapat 40 sen. Itupun jarang-jarang berlaku, boleh dikira dengan jari.
Nak dapat 50 sen jauh sekali. Apapun syukur sangat dapat duit belanja sebanyak tu.
.
Teringat kisah dulu, bila dengar sahaja bunyi loceng rehat, murid-murid bergegas keluar kelas kelas.
Berpusu-pusu lari ke kantin. Kalau lambat, makanan habis.
Sambil bersesak-sesak beratur, dah terbayang nasi lemak bilis Makcik Kantin yang sedap. Dihidangkan pula dalam pinggan kuning saiz sederhana, di atasnya dituangkan sambal merah menyala. Dihiaskan dengan sehiris timun, beberapa biji kacang tanah dan sedikit potongan telur dadar.
Boleh meleleh air liur tau. Masya Allah, tak tipu. Waktu tu, inilah nasi lemak yang paling sedap kat dunia.
Harganya waktu tu baru 20 sen. Baki lagi 10sen untuk keropok Makcik kantin yang terlajak rangup.
Ambil keropok tu, cecah terus dengan sos cili yang pedas-pedas manis. Sedap!
Alhamdulillah, Bekalan 30 sen hari tu cukup untuk mengenyangkan perut sehingga tengahari.
Air? Tak perlu beli. Bawa bekal dari rumah. Jimat!
.
Tapi semuaya jadi kenangan terindah. Makcik kantin pun dah tiada. Nasi lemak harga 20 sen pun dah tak wujud lagi.
Kalau cerita pada anak-anakpun, mereka pun macam tak percaya dan tak sangka ada nasi lemak yang harganya hanya 20 sen sahaja.
Sekarang ni nasi lemak paling murah pun harganya RM1.20 je.
Itupun nasi lemak kosong dan (sambal bilis yang hampir tak nampak bilisnya) semata-mata, tiada ‘aksesori’ yang lain. Kalau nak tambah timun, kacang tanah dan telur mungkin harganya dah mencecah RM2.00, malah ada yang lebih mahal lagi. Kannn.
Kalau ditanya, apa yang boleh dibeli dengan 30 sen yang sama seperti dulu, jawapannya tiada lagi.
Harga sebiji karipap pun 50 sen. Sebagaimana masa terus berlalu, begitu juga dengan harga barangan. Semakin lama, harga barang dan harga makanan semakin naik.
Maka nak tak nak, belanja anak ke sekolah pun terpaksa dinaikkan.
RM3-RM5 sehari adalah perbelanjaan yang normal bagi kebanyakan murid-murid. Cukup untuk mereka beli sepinggan nasi lemak dan juga segelas air.
Cerita di atas adalah salah satu contoh inflasi yang berlaku yang kita sedar.
Inflasi bermaksud kenaikan harga dalam satu tempoh masa.
Inflasi menyebabkan nilai wang mengecil dari tahun ke tahun dan oleh kerana nilai wang secara relatifnya semakin mengecil, ia perlu dilindungi.
Ya benar, nilai wang mengecil dan terus mengecil.
Walaupun Nombor sama tetapi nilai tidak setara.
Nombor RM100 tertera di wang kertas tetapi nilai belanja sebentar kurang daripada itu.
.
Jadi bagaimana cara terbaik melindungi nilai wang daripada dimakan inflasi dan terus mengecil?
Salah satu caranya dengan menukarkan sebahagian simpanan yang lebih selamat dan menguntungkan seperti emas.
Ya emas kalis Inflasi. Buktinya ketikama nilai wang makin mengecil, emas sedang meningkat naik dan sentiasa bertahan.
Dapat sesuatu?
Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas, teruskan konsisten menyimpan emas.
Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh
Ayuh! Kita mulakan dengan senyuman.
#PG1M

SOFHIA BINTI JALI
PG00111214
013-8290985

No comments:
Post a Comment