Saturday, 24 October 2020

KELEBIHAN SIMPANAN EMAS

 




“Sofhia, boleh cerita sikit dengan aku tentang kelebihan simpanan emas?” tanya Dayang padaku.

 

“Sebenarnya ramai orang tak tahu, wang kertas bukan penyimpan nilai yang baik. Fungsi wang kertas sebenarnya khusus sebagai alat pertukaran dari seorang pembeli kepada penjual.

 

Korang mesti tahu nilai RM1,000 hari ni dengan RM1,000 tahun 1990 tak sama kan?”

 

“Aah, mestilah RM1,000 tahun 1990 lebih besar. Banyak barang boleh dibeli masa tu. Penuh satu troli untuk kegunaan 6 bulan! Sekarang ni RM1,000 mungkin cukup untuk 3 bulan je.” jawab Dayang dengan penuh keyakinan.

 

“Ok, dalam masa 5-10 tahun akan datang ko rasa nilai RM1,000 semakin besar atau makin kecil?” soalanku kedua menguji kefahamannya tentang nilai duit.

 

“Mesti la RM1,000 makin kecil kuasa beli nya. Entah apa dapat dibeli dengan RM1,000 waktu tu nanti.”

 

“Eh, ko yakin dengan jawapan ko ke? Kalau ada orang bagitau 5 tahun akan datang nilai RM1,000 akan dapat jadi kuat seperti zaman mak bapak kita tahun 80-an ko percaya tak?”satu lagi soalan menguji Dayang.

 

“Setakat ni, tak pernah lagi aku dengar mana-mana pemimpin di dunia yang kata harga barang akan jadi lebih murah. Kalau ada, mesti dah kena viral di facebook selama ni. Haha!”

 

“Haa sebab tu sebahagian orang tukar sebahagian dari simpanan tunai kepada aset emas fizikal. Bukannya kami tukar 100% jadi emas fizikal. Habis tu takkan nanti nak beli nasi lemak, guna Dinar Emas.” Jawabku lagi dengan cara paling asas untuk fahamkan mengapa orang beli emas.

 

“Baik Sofhia, sekarang aku dah faham. Tapi berapa gram emas perlu aku beli? Ada tak cara simpanan yang paling mudah aku buat. Ko tahu lah kan, ekonomi sekarang tak berapa bagus. Aku mampu simpan RM200 je sebulan.”

 

“Sekarang mudah je nak simpan emas dengan Public Gold. Sebenarnya kita dah boleh tukar duit jadi emas serendah RM100 dalam Gold Accumulation Program (#GAP).

 

Terpulang lah ko nak simpan berapa banyak dan bila ko nak bank in. Yang pasti, tiap kali ko beli maka gram ko bertambah. Nanti dah banyak gram misalnya 10 atau 20 gram, ko boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal.”

 

“Ish, best juga macam ni. Tak pernah terfikir aku dapat beli emas semurah tu. Boleh tak aku buat simpanan akaun emas GAP untuk anak-anak? Umur anak aku baru 5 bulan.”

 

“Boleh. Umur anak ko 7 hari pun dah boleh mula simpan emas akaun GAP. Yang penting ko ada no myKid tu je. Simpan lah sikit-sikit jadi dana simpanan mereka.”

 

“Kalau macam tu ok, aku nak buka akaun GAP untuk empat orang sekaligus. Aku, suami, anak-anak 2 orang. Sebelum tu, cara beli emas akaun ni patuh syariah ke tak?”

 

“Akaun GAP Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors. Panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Bursa Saham Malaysia, World Gold Council dan Singapore Exchange.

 

Paling penting, akaun emas tu mesti di sandarkan dengan kewujudan emas fizikal.”

 

“Ok faham dah. Bagi aku cara buka akaun GAP sekarang. Aku bank in sekarang. Nanti bertangguh pula benda yang baik ni” jawab Dayang lagi.

 

“Ko bagi nama penuh, alamat email (individu tak boleh kongsi), dan nombor telefon. Untuk anak-anak, ko bagi tambahan maklumat penjaga je. Introducer ko letak nama aku, nanti papehal senang aku guide.

 

Ko buat pembayaran ke akaun Public Gold, snapshot gambar resit dengan jelas dan hantar ke nombor telefon whatsapp aku. Tu je.”

 

“Ok Sofhia, aku buat sekarang. Terima kasih kerana sudi luang masa untuk aku faham. Dah lama nak tanya, tapi tak tahu nak tanya apa. Kejap lagi aku hantar info diperlukan.” jawab Dayang dengan ceria.

 

Sama-sama Dayang. Rezeki dari Allah SWT, kalau belum sampai masanya, pintu hati belum lagi terbuka nak tanya. Alhamdulillah!

 

Sofhia binti Jali

PG00111214

0138290985




No comments:

Post a Comment

02.03.2023 HARGA EMAS