Sharing: Baru balik dr Bank Co-Op.
1) Mulai 1 Sept 2018, mereka dah tak terima emas yang berseal. Kalau nak pajak, kena buka seal. Atas alasan PANEL SHARIAH mereka mahu emas itu dipegang dan dirasa.
2) Emas design berunsurkan Cina (naga, tulisan cina) dan Elizebeth (muka perempuan Queen) tak dapat diterima. Sebab bank mereka bank shariah.
3) Andai kata anda buat pajakan 5 item dalam tempoh yang sama. Anda boleh gabungkan sekaligus dan boleh tebus satu persatu. Kalau dulu, kena tebus semua sekaligus.
4) Kalau dah pernah buat pajakan, anda boleh membuat pajakan sehingga 75%. Nak kurang boleh jer.
No comments:
Post a Comment