Friday, 28 February 2020

CARA BAYAR UNTUK EPP4 DAN EPP10





contoh EPP 4 dan EPP 10.


Harga: RM1,839
Ketulenan: 999.9 atau 24 karat
Cara beli: Tunai atau Bayar ansuran 

Contoh bayar ansuran tempoh 4 bulan: 
May 2019: RM480
June 2019: RM453
July 2019: RM453 
August 2019: RM453 

Habis bayar, collect emas di Cawangan Public Gold berdekatan. Tengok contoh belian di ruang komen. 

Sofhia Jali

Wednesday, 26 February 2020

LUPA PASSWORD PUBLIC GOLD





Soalan: Kalau saya lupa password login website Public Gold, macam mana nak reset?


1. Pergi website public gold www.publicgold.com.my
2. klik login 
3. klik forgot password. 
4. Masukkan pg code atau alamat email anda. 
5. klik link reset di email and set new password.

Itu sahaja. 

Disediakan oleh, 
Sofhia Jali
Your sweet Dealer

Monday, 24 February 2020

CUSTOMER BECOME DEALER








Sofhia, saya dah ada dalam 30 gram dalam akaun GAP. Tapi masih status seorang customer. Boleh tak kalau saya jual sebahagian, dan topup semula akaun GAP dengan belian RM5,000 untuk jadi dealer?

1. Iya, ramai yang jadi dealer dengan cara macam tu. Korang cuma perlu tekan PG buy di bahagian My GAP. Kemudian lepas dapat duit, top up semula RM5,000 untuk grab offer dealer. 

2. Selain itu korang juga perlu beli Wealthcard RM200 untuk grab promo istimewa ini. 

3. Sebagai Normal Dealer, setiap belian sendiri dan kawan-kawan yang anda introduce kalian akan dapat komisyen 1% dari belian mereka. Eg katakan mereka beli emas RM10,000 maka kalian dapat RM100. 

Semoga berjaya!

Saturday, 22 February 2020

PG - JUAL DAN BELI EMAS




Public Gold bukan sahaja satu syarikat yang bagi anda beli Emas. 
Jika anda mahu jual Emas (PG Gold / Non PG Gold) kami terima juga. 
Ni ialah gambar recently satu customer jual 1 kilo ++ Emas (mix) kepada branch. 
Dari small gram hingga 1kilo ++ atau lagi besar pun Branch akan ambil juga. 



Thursday, 20 February 2020

GAP - Gold Accumulation Program





1. GAP - Gold Accumulation Program adalah program pengumpulan emas yang disandarkan dengan emas fizikal. Khusus dari Public Gold. 

2. Ianya patuh disahkan shariah dan orang ramai boleh mula simpan serendah RM100. 

3. Setiap kali buat penambahan ia akan terus di ‘convert’ kepada gram emas ikut harga semasa. 

4. Jadi, bila kita nak keluarkan emas, kita boleh pilih nak keluarkan emas ikut berat yang kita dah kumpul dalam akaun emas GAP. 

5. Contoh dalam akaun GAP ada 11 gram. Jadi kita boleh keluarkan 10 gram emas. 

Hanya 1 gram ditinggalkan untuk account GAP kekal aktif. 

6. Banyak pilihan nak simpan emas, cuma pilihla pilihan yang menjimatkan dan sesuai dengan bajet kita. 

#SOFHIAJALI

Tuesday, 18 February 2020

DESIGN BARU - DINAR EMAS



Sekarang ada Design Baru untuk semua pencinta Dinar Emas. Apa yang PROMO menarik sempena Design Dinar baru ni? 

1. Dapat jadi dealer dengan buat belian emas 1 set Dinar Emas (1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar & 10 Dinar)

2. Sambil menyimpan, dapat juga jadi aset berharga untuk kita juga.

3. Sesuai sebagai hadiah, hantaran dan mas kahwin. 

4. Kalau ajak orang beli emas, kita juga dapat komisyen belian dari Public Gold.

#sofhiajali
Beli Emas, Dapat Emas!

wasap.my/60138290985/DealerDinar

Sunday, 16 February 2020

Public Gold BungaMas Series Bar 10g (Au 999.9)








Berat: 10 gram
Ketulenan: 24 karat / 999.9 
Harga: RM 2,593.00

Ini adalah emas yang paling kerap dibeli oleh 'newbie' atau pembeli emas yang pertama kali. 
Public Gold memberikan 3 (tiga) cara belian iaitu,

1. Beli secara tunai 
2. Bayaran secara ansuran (sekuriti deposit).
3. Akaun Emas GAP

Kalau ada yang kurang jelas, boleh klik wasap.my/60138290985/BUNGAMAS10G


Sofhia Jali

Friday, 14 February 2020

PUBLIC GOLD 1 DINAR 4.25G (AU999.9) - L (Preorder)










1 Dinar Emas 
Berat: 4.25 gram 
Ketulenan: 999.9 / 24 karat 
Harga: RM 1102.00 

Untuk beli, klik wasap.my/60138290985/1DINAR


Wednesday, 12 February 2020

Apa itu PUBLIC GOLD?

Apa itu PUBLIC GOLD? 

Public Gold adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual beli emas dan perak secara fizikal.

Public Gold tiada kaitan dengan bank.

Mudah untuk difahami, Public Gold serupa dengan Habib Jewel, beza utama dari segi emas bentuk apa dijual. 

Public Gold jual emas khusus untuk simpanan iaitu dalam bentuk jongkong dan dinar emas. 

Ia lebih murah harga per gram dan susut nilai kecil kalau hendak jual kembali untuk dapat tunai. 

Dua perkara di atas tidak ada pada barang kemas. 

Antara produk Public Gold adalah: 

Jongkong EMAS

1. Jongkong emas bermula 0.5gram hingga 1kilogram yang di iktiraf LBMA

2. Dinar emas bermula 1/2 dinar hingga 10 dinar yang di iktiraf LBMA

3. Barang kemas aurora Italia ketulenan 18 karat dari ITALI yang mempunyai berbagai design charm. (Jauh lebih murah dari Pandora yang ketulenan hanya 12 karat). 

4. Barang kemas 22 karat (gred 916). 

Jongkong PERAK

1. Jongkong perak bermula 250gram hingga 5kilogram yang di iktiraf LBMA

2. 10 dirham yang di iktiraf LBMA

Antara perkhidmatan Public Gold adalah: 

1. Gold Accumulation Program (GAP). Akaun emas yang bolehkan orang ramai mengumpul emas fizikal 24k (99.9% emas) serendah 1g mengikut harga  pasaran emas dunia yang sentiasa dikemaskini 24 jam 7 hari.

2. Silver Accmulation Program (SAP) Program pengumpulan perak fizikal mengikut harga  pasaran perak dunia yang sentiasa di 'update' 24 jam 7 hari.

3. PG Mall . Laman web jual dan beli belah seperti lazada & mudah.my. Anda boleh jadi penjual dan juga pembeli di www.pgmall.my. 

Anda juga boleh dapatkan diskaun-diskaun di PG mall.

4. Public Safe.     
                            
Public Gold juga ada menawarkan perkhidmatan simpanan emas dan perak di tempat yang selamat bersama dengan insurans. 

Harga tahunan yang perlu dibayar sangat murah. Anda boleh lihat Bangunan Public Safe di Penang.

Nak beli produk atau bertanya tentang perkhidmatan PUBLIC GOLD? Boleh contact saya untuk guide terbaik sesuai dengan bajet.

Sofhia Jali
Introducer code: PG00111214
Authorised Public Gold  Dealer


#Publicgold
#simpanemas
#1gram1bulan

Monday, 10 February 2020

PAJAKAN DI BANK CO-OP



Sharing: Baru balik dr Bank Co-Op.

1) Mulai 1 Sept 2018, mereka dah tak terima emas yang berseal. Kalau nak pajak, kena buka seal. Atas alasan PANEL SHARIAH mereka mahu emas itu dipegang dan dirasa.

2) Emas design berunsurkan Cina (naga, tulisan cina) dan Elizebeth (muka perempuan Queen) tak dapat diterima. Sebab bank mereka bank shariah. 

3) Andai kata anda buat pajakan 5 item dalam tempoh yang sama. Anda boleh gabungkan sekaligus dan boleh tebus satu persatu. Kalau dulu, kena tebus semua sekaligus.

4) Kalau dah pernah buat pajakan, anda boleh membuat pajakan sehingga 75%. Nak kurang boleh jer. 

Saturday, 8 February 2020

8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas



8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas 

*Public Gold* tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong. 

Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving. 

Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.  

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas? 
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan? 
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran? 
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 9 tahun saya dalam bidang emas:

8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council. 

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada SST atau GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!


Thursday, 6 February 2020

RUJUK EMPAYAR ANDA



Cara rujuk detail customer yang telah daftar dibawah empayar anda. 

1. Login website public gold

2. Klik business centre

3. Klik group details.

4. Disitu akan terpampang nama, pg code dan no telefon. 

5. Cara saya, save detail mereka dalam telefon untuk di insert dalam *broadcast list*: 

Kalau status dealer: 
- Saya kategorikan dengan PGS Hilmi sebagai contoh. 
- Jika status customer biasa saya kategorikan dengan *GAP* - Hazwani sebagai contoh. 

Tujuannya untuk keep in touch cascade offer terkini dari Public Gold. Ini rutin yang saya buat sejak 10 tahun lepas. 

Selamat mencuba! #SJ

Kelebihan sebagai pengedar rasmi Public Gold


*Kelebihan sebagai pengedar rasmi Public Gold*

Syarat untuk jadi Dealer Public Gold sangat mudah. Dengan pembelian emas berjumlah 200 gram (normal qualification), *secara automatik* anda adalah berstatus Pengedar Rasmi Public Gold.

*Paling penting, tiada yuran hangus.*Jumlah kelayakan anda adalah berdasarkan jumlah emas yang anda beli.

(Q2)  Andai kata saya menjual semua emas yang telah dibeli, adakah saya masih bergelar Dealer Public Gold?

Ya! Sudah tentu, walaupun anda sudah tiada emas di tangan. Anda masih seorang Dealer Public Gold. Customer-customer anda boleh membeli emas dari branch Public Gold dan jika anda adalah introducer mereka, anda dapat komisyen.

(Q3) Adakah sebarang program keusahawanan dan latihan tentang emas untuk Dealer Public Gold?

Ya! Kini kami memiliki program mingguan PG 1 System, Monthly Seminar di setiap branch, Jutawanemas Leadership Training (JLT) untuk memastikan anda memiliki skill serta kemahiran sebagai seorang peniaga emas yang hebat!

Aspek paling penting untuk menjadi Dealer Public Gold adalah kemahiran pengetahuan tentang emas, tahu kelebihan Public Gold serta ilmu sampingan untuk memudahkan orang ramai faham tentang kepentingan menyimpan emas.

Public Gold turut memiliki program Golden Trip Penang di mana semua Dealer Public Gold dikumpulkan di Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam untuk melihat sendiri Public Gold HQ (bagaimana operasi finance PG, system database Oracle Public Gold, menaiki Rolls Royce dan Sport Car bernilai jutaan ringgit, melawat PG Museum dan juga berpeluang untuk meluangkan masa dengan founder Public Gold iaitu Dato’ Wira Louis Ng.

(Q4) Komisyen saya dibayar bagaimana? Berapa peratus (%) saya dapat?

Public Gold akan membayar komisyen pada setiap 20hb (jika ada sales) dan akan dibank in ke akaun anda. 

Jumlah komisyen bergantung dengan status dealership anda.

Normal Dealer 1% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,000.

Priority Dealer 1.5% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM1,500.

Master Dealer 2% dari setiap belian sendiri atau customer. Misalnya jika beli RM100,000, dapat komisyen RM2,000.

Lebih ramai customer, komisyen anda semestinya lebih besar. Best pasif income macam ini.

(Q5) Adakah menjadi Dealer Public Gold ada minimum sales target bulanan?

Tiada! Tapi jika anda mencapai jualan tahunan RM600,000 anda akan dapat percutian di Asia Tenggara untuk tahun 2018/2019.

Bagi mereka yang mencapai personal sales RM1 juta dan group sales RM3 juta pula akan beroleh trip ke Balkan untuk tahun 2018/2019.


(Q6) Saya nak jadi Dealer Public Gold. Bagaimana caranya?

Beli emas 200 gram dalam satu resit dengan meletakkan nama Sofhia binti Jali sebagai introducer. Saya akan bimbing anda.

(Q7) Saya nak jadi Dealer Public Gold tapi tak aktif, nak beli untuk diri sendiri sahaja. Boleh tak?

Boleh! Menjadi status Dealer untuk diri sendiri sudah memiliki kelebihan dari customer biasa. Anda dapat penjimatan 1.3% dari harga semasa Public Gold.

1% untuk komisyen pembelian dan 0.3% lagi untuk komisyen semasa penjualan semula emas anda dengan Public gold! Anda sendiri decide nak jadi Dealer yang aktif atau beli untuk diri sendiri sahaja.



Tuesday, 4 February 2020

BARANG KEMAS 916

Apabila mereka pm, bagi detail ini:
BARANG KEMAS 916 

Name: 
IC No:
Email:
H/P:
Introducer: Hafizul Hakim
Length:
Payment : Cash atau EPP 6 kali bayar
Address :
Workmanship cost cuma RM30/g sahaja. 

Hantar kepada staff branch Public Gold berdekatan anda. Invoice akan dihantar untuk urusan pembayaran.

Sunday, 2 February 2020

RANTAI GELANG TANGAN ( PG )








[Pre-Order] Rantai gelang tangan i-Series keluaran Public Gold. 

Berat 10 gram. 
Ketulenan 916 atau 22 karat. 
Harga RM1890 + RM300 (workmanship cost). 
Total keseluruhan, RM2,190.

Bayaran: Tunai atau EPP6 (bayar 6 kali dalam tempoh 6 bulan). 

Cara belian: klik wasap.my/60138290985/iseries 


02.03.2023 HARGA EMAS