Tuesday, 7 January 2020

Tips Marketing FB

#TipsMarketingFB

Ada ke kawan-kawan along ni 'newbie' dalam ber'fb'? Ini tips untuk korang.

Newbie ni belum ada follower, so elakkan tulis panjang-panjang. Jangan sampai ada perkataan continue reading. Nanti orang scroll laju fb kita, reach akan jadi makin rendah.

Apa nak buat? 

Tulis biar pendek tapi padat! So orang boleh baca dan respon. Nak like atau komen. Ramai yang tekan like, makin hebatlah engagement fb kita.

Bila cakap jangan tulis panjang-panjang means janganlah banyak-banyak perenggan. Maximum 3 perenggan je dah cukup.

Setiap perenggan tu pulak make sure cuma ada maksimum empat baris ayat. Janganlah tulis mendatar je sumbat semua dalam satu perenggan. Berpinar mata readers!

Setakat gambar selamat pagi, selamat malam, bye bye tak payahlah tepek. Kita bukan retis korea letak noktah je pon like berjuta. 

Kalau nak attach jugak gambar, make sure gambar tu ada story. Ada sentimental value. Barulah orang tertarik.

Cukup dulu. Dapat tak ni?

No comments:

Post a Comment

02.03.2023 HARGA EMAS