Tuesday 28 February 2023

TARGET DAN FOKUS : SIMPANAN EMAS

 







Welcome #FEBRUARI

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Disember, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 12gram emas.

Ya betul angka 12 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. Bukan 12gram, entah-entah 120gram.

Siapa tahu kan!
.

Jom kita buat kira kira supaya kita lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM274 segram
Nilai 12gram emas = RM3288

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah🤲🏻

Simpanan kita telah pun melebihi RM3000.
Bukan mudah sebenarnya nak simpan duit sebanyak itu, kadang-kadang RM30 pun habis. Inikan pula RM300 ehhh RM3000.

Ramai berjaya menyimpan duit apabila menyimpan emas. Emas boleh bertukar menjadi duit tetapi duit belum tentu boleh bertukar menjadi emas.
Yela kan, asyik bocor, bocor, bocor.

Ada sahaja alasan.
Ada sahaja cabaran.
Ada sahaja liku-liku.
Ada sahaja halangan.
Bertahun-tahun tak pernah berjaya simpan duit.

Duit memang sifatnya untuk berbelanja.
Emas sifatnya untuk kumpul.
Mudah faham kan?
.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. 💪🏻😁

#Ingat!
Simpan emas bukan sebab mahu kaya semata-mata tetapi simpan emas untuk elak kita meminta-minta.

Ketahuilah saat kita meminta-minta, itu antara situasi yang sangat sukar.

Kena tebalkan muka.
Kena kentalkan hati.
Kena cekalkan jiwa.

Ayuh sediakan dana kecemasan dalam bentuk emas. BEKU!

#PG1M


28.02.2023 HARGA EMAS

 






















02.03.2023 HARGA EMAS