Tahniah, selangkah dah nak mula portfolio simpanan emas.
Sebelum tu boleh dapat 3 maklumat ni:
1. Nama
2. Tujuan simpan emas, berapa gram matlamat.
3. Bajet
Mudah sikit saya bagi cadangan produk apa yang sesuai.
Tahniah, selangkah dah nak mula portfolio simpanan emas.
Sebelum tu boleh dapat 3 maklumat ni:
1. Nama
2. Tujuan simpan emas, berapa gram matlamat.
3. Bajet
Mudah sikit saya bagi cadangan produk apa yang sesuai.
Nak beli emas sebagai tabung kecemasan 3 bulan gaji atau dana pendidikan anak, klik:
Wasap.my/60138290985
Wasap.my/60138290985
Wasap.my/60138290985
Sofhia Jali
Semoga bermanfaat kepada semua.
#HafizulHakim
Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?
Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah.
Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.
a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai.
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.
Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal.
Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah. Katanya bagi discount.
Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni kan?
Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).
Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.
Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST.
Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).
Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.
2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).
Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).
Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.
Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook.
Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.
Nota: Harga per gram di kedai emas RM200/gram manakala Public Gold kini RM178/gram.
3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai
Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas.
Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold.
Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.
Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas.
Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa.
Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.
4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.
Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam .
Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.
Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.
Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold.
Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.
Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.
Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.
#SofhiaJali
Beza Public Gold dengan syarikat ABC?
Mengapa saya mesti pilih Public Gold dan bukan ABC?
Pertama sekali saya mohon maaf, saya tak tahu tentang company ABC sebab saya adalah pengedar rasmi Public Gold. Kurang elok saya memberikan komen tentang ABC sebab saya bukan pengedar rasmi syarikat berkenaan.
Tapi saya boleh berikan anda BANYAK Sebab mengapa saya, Mahaguru Emas Syukor Hashim, Azizi Ali, Tn Shamsudin Kadir, Jabatan Perdana Menteri dan Pos Malaysia pilih Public Gold.
Public Gold merupakan satu-satunya syarikat jual beli emas di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah (Syariah Compliance) oleh panel syariah Amanie Advisors. Panel Syariah yang sama telah dilantik oleh World Gold Council (WGC).
Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas fizikal diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).
Satu-satunya syarikat emas di Malaysia menerima pengiktirafan Malaysian Book of Record, satu-satunya syarikat yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, juga dijual di lebih 100 cawangan Ar Rahnu POS – unlimited purchase & unlimited buy back.
Public Gold juga merupakan satu-satunya syarikat emas di Asia Tenggara memiliki Muzium Emas di Pulau Pinang yang bernilai jutaan ringgit.
Public Gold mengutamakan aspek pendidikan kesedaran pentingnya menyimpan emas, komited mengadakan seminar emas percuma hampir setiap minggu tanpa henti sejak tahun 2010.
Emas Public Gold diterima meluas di institusi kewangan menawarkan cagaran emas Ar-Rahnu, Public Gold juga sering dirujuk oleh media massa berkenaan dengan perkembangan simpanan emas melalui media massa di TV1, TV3, Astro Awani malah Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia turut mencadangkan kepada semua orang agar memilih jenama Public Gold.
Sekarang mungkin anda boleh tanya kepada agent ABC kelebihan syarikat mereka dan awak compare dengan statement saya.
Oh ya, emas Public Gold dikeluarkan oleh syarikat terbesar emas Turki iaitu Nadir Metal refinery (Turki pengeluar emas ke-4 terbesar di dunia) milik seorang Billionaire Muslim bernama Nadir Tutuncu.
Boleh saya tahu siapa pengilang emas syarikat ABC?
#SofhiaJali
“Biar betul dengan RM100 dah boleh mula simpan emas!”
Saya selalu rekomen kepada mereka yang berminat nak simpan emas, tapi bajet terhad melalui akaun emas Public Gold dipanggil Gold Accumulation Plan (GAP).
Jumlah kecil saya maksudkan antara RM100 ke RM200 setiap bulan. Ini antara kelebihan-kelebihan beli emas melalui akaun emas GAP:
1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa (Hari ini 10/10/2020: RM281/gram).
2. Boleh simpan emas di cawangan Public Gold secara percuma. Boleh top-up bila-bila masa sahaja melalui online dan tiada had jumlah emas yang dibeli.
3. Yuran simpanan adalah PERCUMA dan tiada tarikh luput.
4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.
5. Boleh redeem emas dalam bentuk fizikal seringan 1 gram sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.
6. Boleh redeem semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.
7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan status akaun aktif cuma 1 gram.
8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual semula pun secara online. Kini ada option Ar-Rahnu untuk akaun GAP.
9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga ada.
10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.
Penerangan lanjut, join Telegram rasmi saya di https://t.me/SofhiaJali29
#SofhiaJali
*Kelebihan emas Public Gold*:
1. Reputasi yang tinggi.
---------------------------
Diterima gadaian di semua Arrahnu termasuk Arrahnu Terbesar di Malaysia iaitu Arrahnu Pos Malaysia, Bank Co-op, Agrobank dan Bank Rakyat.
2. *Banyak Pilihan ikut kesesuaian bajet*
------------------------------------
Bermula emas fizikal serendah 0.5 gram sehingga 1 kg (1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 1 Dinar, 5 dinar, 10 Dinar, 50 gram, 100 gram).
Boleh beli emas secara ansuran selama 4 bulan (empat kali bayar).
Penggumpulan emas melalui Akaun amat memudahkan pembelian. Boleh mula dengan serendah RM100 dan redeem dalam bentuk emas fizikal.
3. Tiada SST ke atas emas Public Gold
--------------------------------
Sebab itu emas Public Gold antara emas termurah di Malaysia. Sebagai contoh harga emas Public Gold hari ini 182/gram.
Berbeza dengan beberapa syarikat emas yang lain. Ada yang berharga Rm202 ditambah 6% GST, kos pengurusan dan sebagainya.
4. Susut nilai kecil
————————-
Kebiasaannya jika kita jual semula barang kemas di kedai, harga yang diambil begitu rendah. Susut nilai di kedai biasanya dari 20% hingga 40% dari harga semasa.
Bagi emas Public Gold pula dari 6% hingga 9% bergantung kepada berat emas. Makin berat emas maka semakin kecil susut nilai.
5. Boleh beli / jual 24 jam
--------------------------
Pembelian boleh dibuat bila-bila masa 24 jam sehari. Place order secara online dan buat pembayaran, esok harinya anda terus collect emas fizikal di cawangan Public Gold yang terdekat.
6. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
---------------------------------------
Saya kira hampir semua negeri ada cawangan Public Gold termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini memudahkan proses pengambilan emas serta mendapatkan maklumat terkini mengenai emas Public Gold ini.
Ini antara kelebihan menyimpan emas Public Gold. Ada banyak lagi sebenarnya yang saya tidak nyatakan di sini.
Walaubagaimanapun, jika mahu mendapatkan info lebih mengenai Simpanan emas Public Gold ini, dan bagaimana caranya untuk tuan-tuan membelinya, tuan-tuan boleh terus tanya saya di talian :
Sofhia binti Jali
Dealer Public Gold
Hp: 013-8290985
emoga ianya bermanfaat!